• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

SEJAK LAHIR, BELUM PERNAH PULANG KE RUMAH

Luth Aryan Mikael,

Seorang bayi kecil…
namun sudah melalui ujian yang berat sejak detik pertama dilahirkan.

Adik ini dimasukkan ke wad rawatan rapi (PICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak hari pertama kelahiran, dan kini usianya telah mencecah setahun.

Lebih menyentuh hati…
Ayah kepada adik ini telah kembali ke rahmatullah pada Ogos tahun lalu.

Kini, si ibu menggalas segala ujian seorang diri, menjaga, menunggu, berharap…
dan terus kuat demi anak tersayang.

Prihatin dengan keadaan ini, Skuad Prihatin Asnaf MAIPk telah hadir menziarahi ibu di hospital,
menyampaikan sedikit bantuan tunai sebanyak RM500 bagi meringankan beban yang ditanggung.

Nilainya mungkin tidak besar,
namun ia tanda bahawa mereka tidak keseorangan..

Di sebalik ujian ini,
terselit kekuatan, kesabaran dan kasih sayang seorang ibu yang luar biasa.

Doakan adik ini terus kuat…
dan dipermudahkan segala urusannya.

Terima kasih para pembayar zakat, ANDA adalah sinar harapan buat mereka yang memerlukan.

Video : Luth Aryan Mikael
 

MAIPk TINJAU LATIHAN ELDERLY CARE, BUKA PELUANG KERJAYA ASNAF

CHERAS, 9 APRIL 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengadakan kunjungan hormat ke Komune Care Living & Wellness sebagai sebahagian usaha memperkukuh jaringan strategik dalam bidang kemahiran asnaf.

Delegasi MAIPk diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari, bersama barisan pegawai. Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan latihan dalam bidang penjagaan warga emas (elderly care), di samping meneroka potensi peluang pekerjaan yang bersesuaian kepada golongan asnaf dalam sektor tersebut.

Sebagai langkah proaktif, MAIPk sentiasa memastikan hanya institusi yang benar-benar berkelayakan, berpengalaman serta mampu menawarkan jaminan penempatan pekerjaan diberi keutamaan. Komitmen ini penting dalam memelihara integriti MAIPk terhadap golongan asnaf, dengan matlamat memutuskan rantaian kemiskinan melalui laluan latihan dan kerjaya yang mampan.

MAIPk tidak berkompromi dalam menentukan masa depan asnaf dan setiap usaha adalah demi memastikan peluang terbaik dan masa depan yang lebih terjamin untuk mereka.


ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON SELATAN

BIDOR, 8 April 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Skuad Prihatin Asnaf Zon Selatan telah mengadakan ziarah ke rumah seorang asnaf di Kampung Jeram Mengkuang bagi menyantuni golongan asnaf secara lebih dekat dan memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terbela.

Ziarah tersebut melibatkan Puan Aning binti Ithnin yang tinggal seorang diri setelah suaminya meninggal dunia pada tahun 2023. Beliau tidak mempunyai zuriat dan sedang diuji dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Prihatin dengan keadaan tersebut, MAIPk Cawangan Tapah telah mengambil tindakan segera dengan menyalurkan Bantuan Kecemasan secara sekali gus yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Selatan, Encik Wan Abdul Halim Hafiidz b. Mohd Amin.

Selain itu, MAIPk turut meluluskan Bantuan Kewangan Bulanan bagi meringankan beban perbelanjaan harian beliau. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Puan Aning Binti Ithnin.

Video : ZIARAH SYAWAL SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk ZON SELATAN

TAHUKAH ANDA? BAYAR FIDYAH KINI SEMUDAH DI HUJUNG JARI!

Kini urusan membayar fidyah lebih cepat dan efisien tanpa perlu beratur!

Hanya dengan beberapa langkah:

Imbas KOD QR, kira kadar fidyah dan terus buat bayaran secara online

✔ Cepat
✔ Selamat
✔ Tanpa tunai

Selain itu, bayaran juga boleh dibuat secara terus di kaunter MAIPk berhampiran.

🌙 Tunaikan Fidyah, Sempurnakan Ibadah, Jangan bertangguh, laksanakan tanggungjawab anda hari ini.


PROGRAM USAHAWAN FRANCAIS (UPAYA) 2026 KINI DIBUKA

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mempelawa individu yang layak untuk menyertai Program Usahawan Francais (UPAYA) 2026, iaitu sebuah inisiatif pemerkasaan ekonomi yang membuka peluang kepada peserta untuk menceburi bidang perniagaan melalui model francais yang terbukti, tersusun dan berdaya maju.

Kelebihan Program:
✔ Model perniagaan francais yang stabil dan terbukti
✔ Bimbingan keusahawanan secara berstruktur
✔ Peluang menjana pendapatan

Program ini dirangka bagi membantu peserta membina asas perniagaan yang kukuh serta meningkatkan taraf sosioekonomi.

𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻
Sekiranya berminat, lengkapkan pautan google form berikut

https://forms.gle/enmHPBnMfwMq8K1Y8
atau
Boleh terus datang ke lokasi di dalam poster untuk pendaftaran secara terbuka.

📞 Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

019-5711384 (Bahagian Pemerkasaan Asnaf)


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.