• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News
  • SULTAN PERAK KURNIA WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAIPk KEPADA PENGARAH BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK

SULTAN PERAK KURNIA WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAIPk KEPADA PENGARAH BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK

IPOH, 16 Jun 2026 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi sesi 2026 - 2027 kepada Encik Asmori bin Haji Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Kinta.

Pelantikan Encik Asmori yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam pembangunan belia, diharap dapat memperkasa penglibatan generasi muda dalam agenda pembangunan ummah serta memperluas program yang memberi manfaat kepada masyarakat Islam di Negeri Perak.

Antara turut hadir menyaksikan penyampaian watikah ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YABhg. Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB. Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB. Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, Orang Besar Jajahan Kinta, YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja Dato' Ab Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, YBhg. Dato' Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Timbalan Mufti Perak, Sahibus Samahah Dato' Haji Zamri bin Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.